a. Kata hubung berpasangan baik…mahupun dan baik…ataupun boleh saling bertukar ganti dalam suatu ayat. Tetapi kata hubung berpasangan ini tidak boleh dikelirukan dengan penggunaan kata hubung berpasangan sama ada…atau dan adakah…atau yang digunakan untuk menyatakan kemungkinan pemilihan antara dua sasaran;
“Sama ada atau ataupun dia, sama sahaja perangainya,” kata Cikgu Anisah
“Baik awak mahupun dia, sama sahaja perangainya,” Kata Cikgu Ani
b. Kata hubung berpasangan semakin…semakin, kian…kian atau makin…makin membawa maksud perbandingan atau persamaan dan keadaan yang diwakili oleh sesuatu atas alasan untuk menggayakan penggunaan bahasa;
Makin banyak yang anda pelajari, kian banyak yang tidak anda ketahui tentangnya
Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang tidak anda ketahui tentangnya
c. Kata hubung berpasangan daripada…lebih baik digunakan untuk membandingkan suatu bahagian dengan suatu bahagian yang lain dalam suatu ayat. Memandangkan kata hubung ini lebih merujuk perbandingan, maka kata hubung berpasangan dari…lebih baik tidak boleh menggantikannya kerana daripada dalam konteks kata sendi untuk menunjukkan perbandingan;
Dari awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya
Daripada awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya
d. Kata hubung berpasangan jangankan…pun atau usahkan…pun digunakan untuk mengaitkan dua bahagian penafian. Kata hubung berpasangan ini tidak boleh disingkatkan jangan…pun atau usah…pun;
Jangan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat
Jangankan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat
1 comments:
Tahniah... suatu perkongsian ilmu yang amat menarik. Sama-samalah kita manfaatkan bersama.
Post a Comment