Bahasa Melayu

.
RSS

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar lain. 


Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.


Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
1. Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
2. Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
3. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
               berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
               komuter – keretapi berkomputer
               kugiran – kumpulan gitar rancak
               pawagam – panggung wayang gambar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment