Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
> Dalam ayat pertama, mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
> Dalam ayat kedua, anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
> Dalam ayat ketiga, hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan.
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ i’ di hujungnya
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
Subjek ( pembuat ) | Kata kerja tak Transitif | keterangan |
Kami | mandi | di tasik itu. |
Dia | senyum | semasa berjalan |
Saya | menyanyi | dengan kuat |
Hassan | berjalan | ke sekolah |
0 comments:
Post a Comment