Bahasa Melayu

.
RSS

Kata Hubung Pancangan



Contohnya:

a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar dengan ketika, sewaktu, atau semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat.

    Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa 
    Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa 


b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh menjadikannya oleh kerana. Ini adalah kerana kata sendi nama hanya menerima kelas kata nama sahaja selepasnya. Oleh itu oleh sebab digunakan untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana;

    Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan 
    Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima 


c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh saling bertukar ganti penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya dalam ayat;

    Suara bayi itu menangis kedenganran hingga ke rumah saya 
    Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya 


d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang bertugas pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif atau kata adjektif dan sebelum kata nama;

       Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital 
    Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital 


e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang digunakan untuk membentuk frasa penerang kata nama atau frasa nama. Penggunaan yang secara tidak langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis penyata atau ayat tanya songsang;

    Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah 
    Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment