Bahasa Melayu

.
RSS

Koleksi lagu kanak-kanak

1. Geylang si paku geylang


2. Dayung sampan



3. Enjit-enjit semut


4. Rasa sayang


5. Bangau oh bangau


6. Chan mali chan


7. Burung kakak tua


8. Ikan kekek


9. Lagu tiga kupang


10. Tanya sama pokok

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penjodoh bilangan

Penjojoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz dan sebagainya.

Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.


Penjodoh bilangan dan penggunaan:

1. baris:
untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya.
2. batang:
untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen dan sebagainya.
3. biji:
untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan dan sebagainya.
4. cucuk:
untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan dan sebagainya.
5. das:
untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.
6. ekor:
untuk haiwan seperti kucing , monyet, lembu dan sebagainya.
7. gugus:
untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan dan sebagainya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Ganda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Majmuk


Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja berpisah.

Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unik-uniknya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Seru


 Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat

Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan frasa atau susunan perkataan yang pendek dan kemas. Perkataannya sedap didengar dan membawa maksud yang tertentu.

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang mempunyai dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.

Contoh Simpulan Bahasa ialah ada hati, air muka, ambil berat dan lain-lain.

Contoh ayat:
Penghulu kampung itu selalu ambil berat akan kebajikan penduduk kampung. (Ambil berat bermaksud mengambil perhatian dalam hal)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hubung Berpasangan






Contohnya:

a. Kata hubung berpasangan baik…mahupun dan baik…ataupun boleh saling bertukar ganti dalam suatu ayat. Tetapi kata hubung berpasangan ini tidak boleh dikelirukan dengan penggunaan kata hubung berpasangan sama ada…atau dan adakah…atau yang digunakan untuk menyatakan kemungkinan pemilihan antara dua sasaran;

    “Sama ada atau ataupun dia, sama sahaja perangainya,” kata Cikgu Anisah 
    “Baik awak mahupun dia, sama sahaja perangainya,” Kata Cikgu Ani 


b. Kata hubung berpasangan semakin…semakin, kian…kian atau makin…makin membawa maksud perbandingan atau persamaan dan keadaan yang diwakili oleh sesuatu atas alasan untuk menggayakan penggunaan bahasa;

    Makin banyak yang anda pelajari, kian banyak yang tidak anda ketahui tentangnya 
    Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang tidak anda ketahui tentangnya 


c. Kata hubung berpasangan daripada…lebih baik digunakan untuk membandingkan suatu bahagian dengan suatu bahagian yang lain dalam suatu ayat. Memandangkan kata hubung ini lebih merujuk perbandingan, maka kata hubung berpasangan dari…lebih baik tidak boleh menggantikannya kerana daripada dalam konteks kata sendi untuk menunjukkan perbandingan;

    Dari awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya 
    Daripada awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya 


d. Kata hubung berpasangan jangankan…pun atau usahkan…pun digunakan untuk mengaitkan dua bahagian penafian. Kata hubung berpasangan ini tidak boleh disingkatkan jangan…pun atau usah…pun;

 Jangan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat 
   Jangankan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hubung Pancangan



Contohnya:

a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar dengan ketika, sewaktu, atau semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat.

    Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa 
    Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa 


b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh menjadikannya oleh kerana. Ini adalah kerana kata sendi nama hanya menerima kelas kata nama sahaja selepasnya. Oleh itu oleh sebab digunakan untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana;

    Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan 
    Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima 


c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh saling bertukar ganti penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya dalam ayat;

    Suara bayi itu menangis kedenganran hingga ke rumah saya 
    Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya 


d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang bertugas pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif atau kata adjektif dan sebelum kata nama;

       Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital 
    Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital 


e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang digunakan untuk membentuk frasa penerang kata nama atau frasa nama. Penggunaan yang secara tidak langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis penyata atau ayat tanya songsang;

    Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah 
    Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hubung Gabungan







Contoh:


a. Kata hubung atau tidak boleh saling bertukar fungsi dengan ataupun. Ini adalah kerana kata hubung ataupun hanya boleh hadir dalam konteks berpasangan;

    “Dia ataupun saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza 
    “Dia atau saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza 


b. Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud, iaitu kecuali dan sebaliknya. Dalam konteks ayat kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh bertukar ganti;

       Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, kecuali pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi 

 Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi 


c. Kata hubung tetapi yang digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berlainan tidak boleh dipendekkan menjadi tapi dalam tulisan rasmi;

     Hasimah bijak belajar tapi dia malas mengulang kaji pelajarannya 
     Hasimah bijak belajar tetapi dia malas mengulang kaji pelajarannya 


d. Kata hubung padahal, sedangkan atau walhal digunakan untuk menyatakan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala pula menunjukkan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala dan sedangkan dalam sesetengah ayat dapat digunakan secara bertukar ganti dan dalam sesetengah ayat pula tidak boleh menggantikan fungsi antara satu sama lain;

    Remy seorang yang lembab, manakala dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran 
    
    Remy seorang yang lembab, sedangkan/walhal/padahal dia daripada kalangan keluarga yang
    berpelajaran 


e. Kata hubung kemudian digunakan untuk menunjukkan selepas sesuatu waktu. Kata hubung ini tidak boleh digunakan silih bertukar dengan kata hubung setelah, sesudah dan lalu.

    Mula-mula Faiz mendahului larian itu, setelah dipintasi Erwan 
    Mula-mula Faiz mendahului larian itu, kemudian dipintasi Erwan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar lain. 


Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.


Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
1. Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
2. Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
3. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
               berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
               komuter – keretapi berkomputer
               kugiran – kumpulan gitar rancak
               pawagam – panggung wayang gambar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek.

Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

> Dalam ayat pertama, mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
> Dalam ayat kedua, anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
> Dalam ayat ketiga, hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan.

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ i’ di hujungnya


Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasik itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.


Contohnya: 

Atan mendengar radio.
-mendengar adalah kata kerja transitif
-radio adalah objek, kata nama

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-, men…i, men…kan, memper-, memper…i dan memper…kan.


Contoh ayat:


1. Kucing itu menangkap seekor burung.


       -kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung aialah benda yang kena buat atau penyambut.



1.       2. Perempuan itu menjual sayur.


-perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
      

3.       
      3. Bapa sedang menulis surat.

      -bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.





Subjek
(pembuat)
Kata kerja transitif
penyambut (Objek)
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS