1. Geylang si paku geylang
2. Dayung sampan
3. Enjit-enjit semut
4. Rasa sayang
5. Bangau oh bangau
6. Chan mali chan
7. Burung kakak tua
8. Ikan kekek
9. Lagu tiga kupang
10. Tanya sama pokok
Selamat datang ke blog saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Semoga kita sama-sama memanfaatkan ilmu yang ada di sini.
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
aduh | untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum | 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! |
aduhai | untuk menyatakan perasaan sedih | Aduhai, malang sungguh nasibku! |
ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! |
amboi/wah | untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum | 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! |
cis/cih | untuk menyatakan perasaan marah dan benci | 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! |
eh | untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut | 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini! |
hai | untuk menegur seseorang atau menarik perhatian | 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! |
Kata Seru | maksud | Contoh ayat |
wahai | menyatakan perasaan sayang atau merayu | Wahai adik ku sayang ! |
amboi | menunjukkan perasaan kagum | Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! |
hai | Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! | |
nah | Nah, terimalah habuanmu ! | |
aduh | perasaan sakit | Aduh, sakitnya tanganku ini ! |
wah | perasaan hairan | Wan, cantiknya merak ini ! |
ceh | Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! | |
bedebah | marah | Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! |
cis | marah atau jijik | Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! |
oh | terkejut hairan, gembira atau mengharap | Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! |
eh | hairan | Eh, bila ia terjadi ! |
syabas | gembira, puas, memuji atau ucap tahniah | Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! |
alahai | menghina | Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! |
alamak | terkejut | Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! |
ha | hairan | Ha, budak itu yang menang ! |
Ya-Allah | terkejut | Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! |
Masya- Allah | hairan atau marah | Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu ! |
Simpulan bahasa merupakan frasa atau susunan perkataan yang pendek dan kemas. Perkataannya sedap didengar dan membawa maksud yang tertentu.
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang mempunyai dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.
Contoh Simpulan Bahasa ialah ada hati, air muka, ambil berat dan lain-lain.
Contoh ayat:
Penghulu kampung itu selalu ambil berat akan kebajikan penduduk kampung. (Ambil berat bermaksud mengambil perhatian dalam hal)